4 Nabi Yang Masih Hidup Khidr, Ilyas, Isa dan Idris a.s.
4 Nabi yang masih hidup dan tetap diberi
rizqi dari khazanah Allah Swt. Mereka adalah golongan yang dikhususkan
oleh Allah swt. 2 Nabi Ada dibumi yaitu Nabi Khidr dan Nabi Ilyas a.s.
Ditempatkan di bagian bumi yang khusus Allah Maha Tahu yang mengetahui
tempat itu. 2 Nabi ada di langit yaitu Nabi Isa dan Nabi Idris a.s.
Ditempatkan di bagian langit yang khusus yang Allah Maha Tahu
mengetahui tempat itu.
Untuk menjelaskan hal ini, kami jelaskan 5 peringkat hayah (kehidupan). Satu pandangan Bediuzzaman Said Nursi
di dalam Maktubat, al-Maktub al-Awwal, dari koleksi Rasail al-Nur.
Nursi menjawab adakah Sayyidina Khidr masih hidup? Nursi menjawab ya
kerana ‘hayah’ itu 5 peringkat. Nabi Khidr di peringkat kedua.
5 Peringkat itu ialah:
- Kehidupan kita sekarang yang banyak terikat pada masa dan tempat.
- Kehidupan Sayyidina Khidr dan Sayyidina Ilyas. Mereka mempunyai sedikit kebebasan dari ikatan seperti kita. Mereka boleh berada di banyak tempat dalam satu masa, boleh makan dan minum bila mereka mau. Para Awliya’dan ahli kasyaf telah meriwayatkan secara mutawatir akan wujudnya ‘hayah’ di peringkat ini. Sehingga di dalam maqam ‘walayah’ ada dinamakan maqam Khidr.
- Peringkat ketiga ini seperti kehidupan Nabi Idris dan Nabi Isa. Nursi kata, peringkat ini kehidupan nurani yang menghampiri hayah malaikat.
- Peringkat ini pula ialah kehidupan para syuhada’. Mereka tidak mati, tetapi mereka hidup seperti disebut dalam al-Qur’an. Ustaz Nursi sendiri pernah musyahadah peringkat kehidupan ini.
- Dan yang tingkat Hayah ini atau kehidupan rohani sekalian ahli kubur yang meninggal
Wallahhua’lam. Subhanaka la ‘ilma lana innaka antal ‘alimul hakim
Berikut ini kami nukilkan kisahnya :
Bukhari, Ibn al-Mandah, Abu Bakar
al-Arabi, Abu Ya’la, Ibn al-Farra’, Ibrahim al-Harbi dan lain-lain
berpendapat, Nabi Khidir a.s. tidak lagi hidup dengan jasadnya, ia telah
wafat. Yang masih tetap hidup adalah ruhnya saja, iaitu sebagaimana
firman Allah:
“Kami tidak menjadikan seorang pun sebelum engkau (hai Nabi), hidup kekal abadi.” (al-Anbiya’: 34)
Hadith marfu’ dari Ibn Umar dan Jabir (r.a.) menyatakan:
“Setelah lewat seratus tahun, tidak seorang pun yang sekarang masih hidup di muka bumi.”
Ibn al-Šalah, al-Tsa’labi, Imam al-Nawawi, al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani
dan kaum Sufi pada umumnya; demikian juga jumhurul-‘ulama’ dan ahl
al-šalah (orang-orang saleh), semua berpendapat, bahawa Nabi Khidir a.s.
masih hidup dengan jasadnya, ia akan meninggal dunia sebagai manusia
pada akhir zaman. Ibn Hajar al-Asqalani di dalam Fath al-Bari
menyanggah pendapat orang-orang yang menganggap Nabi Khidir a.s. telah
wafat, dan mengungkapkan makna hadith yang tersebut di atas, iaitu
huraian yang menekankan, bahawa Nabi Khidir a.s. masih hidup sebagai
manusia. Ia manusia makhsus (dikhususkan Allah), tidak termasuk dalam
pengertian hadits di atas.
Mengenai itu kami berpendapat:
- Kekal bererti tidak terkena kematian. Kalau Nabi Khidir a.s. dinyatakan masih hidup, pada suatu saat ia pasti akan wafat. Dalam hal itu, ia tidak termasuk dalam pengertian ayat al-Qur’an yang tersebut di atas selagi ia akan wafat pada suatu saat.
- Kalimat ‘di muka bumi’ yang terdapat dalam hadith tersebut, bermaksud adalah menurut ukuran yang dikenal orang Arab pada masa itu (dahulu kala) mengenai hidupnya seorang manusia di dunia. Dengan demikian maka Nabi Khidir a.s. dan bumi tempat hidupnya tidak termasuk ‘bumi’ yang disebut dalam hadith di atas, kerana ‘bumi’ tempat hidupnya tidak dikenal orang-orang Arab.
- Yang dimaksud dalam hal itu ialah generasi Rasulullah s.a.w. terpisah sangat jauh dari masa hidupnya Nabi Khidir a.s. Demikian menurut pendapat Ibn Umar, iaitu tidak akan ada seorang pun yang mendengar bahawa Nabi Khidir a.s. wafat setelah usianya lewat seratus tahun. Hal itu terbukti dari wafatnya seorang bernama Abu al-Thifl Amir, satu-satunya orang yang masih hidup setelah seratus tahun sejak adanya kisah tentang Nabi Khidir a.s.
- Apa yang dimaksud ‘yang masih hidup’ dalam hadith tersebut ialah: tidak ada seorang pun dari kalian yang pernah melihatnya atau mengenalnya. Itu memang benar juga.
- Ada pula yang mengatakan, bahawa yang dimaksud kalimat tersebut (yang masih hidup) ialah menurut keumuman (ghalib) yang berlaku sebagai kebiasaaan. Menurut kebiasaan amat sedikit jumlah orang yang masih hidup mencapai usia seratus tahun. Jika ada, jumlah mereka sangat sedikit dan menyimpang dari kaedah kebiasaaan; seperti yang ada di kalangan orang-orang Kurdistan, orang-orang Afghanistan, orang-orang India dan orang-orang dari penduduk Eropah Timur.
Nabi Khidir a.s. masih hidup dengan jasadnya atau dengan jasad yang baru.
Dari semua pendapat tersebut, dapat
disimpulkan: Nabi Khidir a.s. masih hidup dengan jasad dan ruhnya, itu
tidak terlalu jauh dari kemungkinan sebenarnya. Tegasnya, Nabi Khidir
a.s masih hidup; atau, ia masih hidup hanya dengan ruhnya, mengingat
kekhususan sifatnya.
Ruhnya lepas meninggalkan Alam Barzakh
berkeliling di alam dunia dengan jasadnya yang baru (mutajassidah).
Itupun tidak terlalu jauh dari kemungkinan sebenarnya. Dengan demikian
maka pendapat yang menganggap Nabi Khidir a.s. masih hidup atau telah
wafat, berkesimpulan sama; iaitu: Nabi Khidir a.s. masih hidup dengan
jasadnya sebagai manusia, atau, hidup dengan jasad ruhi (ruhani). Jadi,
soal kemungkinan bertemu dengan Nabi Khidir a.s. atau melihatnya adalah
benar sebenar-benarnya. Semua riwayat mengenai Nabi Khidir a.s. yang
menjadi pembicaraan ahlullah (orang-orang bertaqwa dan dekat dengan
Allah S.W.T.) adalah kenyataan yang benar terjadi.
Silakan lihat kitab Ušul al-Wušul karya Imam al-Ustaz Muhammad Zaki Ibrahim, Jilid I, Bab: Kisah Khidir Bainas-Šufiyah Wa al-‘Ulama’. Dipetik dengan sedikit perubahan dari al-Hamid al-Husaini, al-Bayan al-Syafi Fi Mafahimil Khilafiyah; Liku-liku Bid‘ah dan Masalah Khilafiyah (Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd, 1998, m.s. 488).
Banyak sekali riwayat-riwayat tentang
Nabi Khidr dalam kitab-kitab yang mu’tabar. Ada riwayat yang mengatakan
bahwa Nabi khidr masih hidup dan mati ditangan Dajjal.
Dajjal akan menangkap seorang pemuda beriman. Kemudian dajjal
menyuruhnya untuk menyembahnya, tapi pemuda itu menolak dan tetap
beriman pada Allah. Lalu Dajjal membunuhnya dan membelahnya menjadi Dua.
satu Bagian Dilempar sejauh mata memandang dan satu bagian dilempar
sejauh mata memandang kesebelah lainnya. Kemudian Dajjal menghidupkan
kembali pemuda itu. dajjal menyuruhnya agar beriman kepadanya karena ia
telah mematikannya lalu menghidupkannya. Maka pemuda itu tidak mau dan
tetap beriman kepada Allah.
Pemuda itu bahkan mengatakan “Kamu
benar-benar Dajjal!!”. Lalu Dajjal mewafatkannya lagi. Ada riwayat yang
mengatakan pemuda beriman ini adalah Nabi Khidr a.s. (wallahua’lam).
Jumhur ulama Ahlus Sunnah wal Jama`ah
memfatwakan bahawa Nabi Khidhir a.s. masih hidup dan hanya golongan
minoriti sahaja yang mengatakan baginda telah wafat. Aku nukilkan di
sini tulisan Imam an-Nawawi dalam “Syarah Muslim” juzuk ke – 15,
mukasurat 135 – 136 pada Bab min
Fadhail al-Khidhir s.a.w., beliau
menyatakan: "Jumhur Ulama berpendapat bahawasanya
dia (yakni Sayyidina Khidhir) hayyun maujudun baina adzharina (hidup dan
wujud di kalangan kita, yakni di masa kita ini) dan pendapat ini telah
disepakati oleh para shufi dan ahlush sholah wal ma’rifah (orang-orang
ahli kebajikan dan ma’rifah). Cerita-cerita mereka mengenai melihat dan
bertemu dengan baginda dan mengambil pengajaran serta bersoal-jawab
dengan baginda, dan kehadiran baginda di tempat-tempat yang mulia dan
tempat-tempat kebajikan adalah terlalu banyak daripada boleh dihitung
dan terlalu masyhur daripada boleh ditutup. Dan telah berkata asy-Syaikh
Abu ‘Umar bin ash-Sholah: “Dia (yakni Nabi Khidhir) hidup menurut
jumhur ulama dan orang-orang sholeh dan orang awam adalah beserta mereka
dalam pegangan ini”. Dia juga berkata: “Bahawasanya adalah satu
pandangan yang ganjil daripada sesetengah muhadditsin pada mengingkari
hal ini (yakni sebahagian ahli hadits mengingkari bahawa Nabi Khidhir
masih hidup).
Jadi Imam an-Nawawi dengan jelas
menyatakan bahwa Jumhur Ulama berpegang dengan pendapat bahawa Nabi
Khidhir a.s. masih hidup dan belum mati lagi. Bagaimana rupa kehidupan
baginda, Allah sahaja yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa. Hidup atau
matinya baginda sekarang bukanlah perkara besar dan tidak harus
dijadikan perbalahan sesama umat. Nak percaya baginda masih hidup, tidak
ada masalah kerana itulah pendapat jumhur ulama dan yang nak percaya
bahawa baginda telah wafat pun tidak menjadi masalah kerana sesetengah
ulama dan ahli hadits berpendapat sedemikian seperti Imam al-Bukhari.
Dan aku nak pesan kat sini agar sesiapa yang percaya jangan pulak mudah
sangat men’claim’ telah bertemu dengan Nabi Khidhir. Dalam bermu’amalah
dengan manusia aku teringat kalam hikmah as-Sajjad Imam Ali Zainal
‘Abidin di mana dia berpesan : “Anggaplah setiap orang yang engkau temui
itu Nabi Khidhir”. Sebenarnya hikmah kalam ini bertujuan untuk
membaikkan budipekerti serta baik mu’amalah dan mujammalah sesama anak
Adam. Allahu ‘alam.
************************************************************************
2. Nabi Ilyas a.s.
Ketika sedang berehat datanglah malaikat
kepada Nabi Ilyas A.S. Malaikat itu datang untuk menjemput ruhnya.
Mendengar berita itu, Ilyas menjadi sedih dan menangis.
“Mengapa engkau bersedih?” tanya malaikat maut.
“Tidak tahulah.” Jawab Ilyas.
“Apakah engkau bersedih kerana akan meninggalkan dunia dan takut menghadapi maut?” tanya malaikat.
“Tidak. Tiada sesuatu yang aku sesali kecuali kerana aku menyesal tidak boleh lagi berzikir kepada Allah, sementara yang masih hidup boleh terus berdzikir memuji Allah,” jawab Ilyas.
“Mengapa engkau bersedih?” tanya malaikat maut.
“Tidak tahulah.” Jawab Ilyas.
“Apakah engkau bersedih kerana akan meninggalkan dunia dan takut menghadapi maut?” tanya malaikat.
“Tidak. Tiada sesuatu yang aku sesali kecuali kerana aku menyesal tidak boleh lagi berzikir kepada Allah, sementara yang masih hidup boleh terus berdzikir memuji Allah,” jawab Ilyas.
Saat itu Allah lantas menurunkan wahyu
kepada malaikat agar menunda pencabutan nyawa itu dan memberi kesempatan
kepada Nabi Ilyas berzikir sesuai dengan permintaannya. Nabi Ilyas
ingin terus hdup semata-mata kerana ingin berzikir kepada Allah. Maka
berzikirlah Nabi Ilyas sepanjang hidupnya.
“Biarlah dia hidup di taman untuk berbisik dan mengadu serta berzikir kepada-Ku sampai akhir nanti.” Kata Allah.
“Biarlah dia hidup di taman untuk berbisik dan mengadu serta berzikir kepada-Ku sampai akhir nanti.” Kata Allah.
************************************************************************
3. Nabi Idris a.s.
Diriwayatkan Nabi Idris as. telah naik ke
langit pada hari Isnin. Peristiwa naiknya Nabi Idris as. ke langit ini,
telah dijelaskan oleh Allah SWT dalam Al-Quran.
Firman Allah SWT bermaksud:
“Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada
mereka) kisah, Idris yang tersebut di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia
adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi. Dan Kami telah
mengangkatnya ke martabat yang tinggi.” (Maryam: 56-57)
Nama Nabi Idris as. yang sebenarnya
adalah ‘Akhnukh’. Sebab beliau dinamakan Idris, kerana beliau banyak
membaca, mempelajari (tadarrus) kitab Allah SWT.
Setiap hari Nabi Idris menjahit qamis
(baju kemeja), setiap kali beliau memasukkan jarum untuk menjahit
pakaiannya, beliau mengucapkan tasbih. Jika pekerjaannya sudah selesai,
kemudian pakaian itu diserahkannya kepada orang yang menempahnya dengan
tanpa meminta upah. Walaupun demikian, Nabi Idris masih sanggup
beribadah dengan amalan yang sukar untuk digambarkan. Sehingga Malaikat
Maut sangat rindu berjumpa dengan beliau.
Kemudian Malaikat Maut bermohon kepada
Allah SWT, agar diizinkan untuk pergi menemui Nabi Idris as. Setelah
memberi salam, Malaikat pun duduk.
Nabi Idris as. mempunyai kebiasaan
berpuasa sepanjang masa. Apabila waktu berbuka telah tiba, maka
datanglah malaikat dari Syurga membawa makanan Nabi Idris, lalu beliau
menikmati makanan tersebut.
Kemudian baginda beribadah sepanjang
malam. Pada suatu malam Malaikat Maut datang menemuinya, sambil membawa
makanan dari Syurga. Nabi Idris menikmati makanan itu. Kemudian Nabi
Idris berkata kepada Malaikat Maut: “Wahai tuan, marilah kita nikmati
makanan ini bersama-sama.” Tetapi Malaikat itu menolaknya.
Nabi Idris terus melanjutkan ibadahnya,
sedangkan Malaikat Maut itu dengan setia menunggu sampai terbit
matahari. Nabi Idris merasa heran melihat sikap Malaikat itu. Kemudian
beliau berkata: “Wahai tuan, mahukah tuan bersiar-siar bersama saya
untuk melihat keindahan alam persekitaran? Malaikat Maut menjawab:
Baiklah Wahai Nabi Allah Idris.”
Maka berjalanlah keduanya melihat alam
persekitaran dengan berbagai jenis tumbuh-tumbuhan hidup di situ.
Akhirnya ketika mereka sampai pada suatu kebun, maka Malaikat Maut
berkata kepada Nabi Idris as.:
“Wahai Idris, adakah tuan izinkan saya
untuk mengambil ini untuk saya makan? Nabi Idris pun menjawab:
Subhanallah, mengapa malam tadi tuan tidak mahu memakan makanan yang
halal, sedangkan sekarang tuan mahu memakan yang haram?”
Kemudian Malaikat Maut dan Nabi Idris
meneruskan perjalanan mereka. Tidak terasa oleh mereka bahawa mereka
telah bersiar-siar selama empat hari. Selama mereka bersahabat, Nabi
Idris menemui beberapa keanehan pada diri temannya itu. Segala
tindak-tanduknya berbeza dengan sifat-sifat manusia biasa. Akhirnya Nabi
Idris tidak dapat menahan hasrat ingin tahunya itu.
Kemudian beliau bertanya: “Wahai tuan, bolehkah saya tahu, siapakah tuan yang sebenarnya?
Saya adalah Malaikat Maut.”
“Tuankah yang bertugas mencabut semua nyawa makhluk?”
“Benar ya Idris.”
“Sedangkan tuan bersama saya selama empat hari, adakah tuan juga telah mencabut nyawa-nyawa makhluk?”
“Wahai Idris, selama empat hari ini
banyak sekali nyawa yang telah saya cabut. Roh makhluk-makhluk itu
bagaikan hidangan di hadapanku, aku ambil mereka bagaikan seseorang
sedang menyuap-nyuap makanan.”
“Wahai Malaikat, apakah tujuan tuan datang, apakah untuk ziarah atau untuk mencabut nyawaku?”
“Saya datang untuk menziarahimu dan Allah SWT telah mengizinkan niatku itu.”
“Wahai Malaikat Maut, kabulkanlah satu
permintaanku kepadamu, yaitu agar tuan mencabut nyawaku, kemudian tuan
mohonkan kepada Allah agar Allah menghidupkan saya kembali, supaya aku
dapat menyembah Allah setelah aku merasakan dahsyatnya sakaratul maut
itu.”
Malaikat Maut pun menjawab: “Sesungguhnya saya tidaklah mencabut nyawa seseorang pun, melainkan hanya dengan keizinan Allah.”
Lalu Allah SWT mewahyukan kepada Malaikat
Maut, agar ia mencabut nyawa Idris as. Maka dicabutnyalah nyawa Idris
saat itu juga. Maka Nabi Idris pun merasakan kematian ketika itu.
Di waktu Malaikat Maut melihat kematian
Nabi Idris itu, maka menangislah ia. Dengan perasaan hiba dan sedih ia
bermohon kepada Allah supaya Allah menghidupkan kembali sahabatnya itu.
Allah mengabulkan permohonannya, dan Nabi Idris pun dihidupkan oleh
Allah SWT kembali.
Kemudian Malaikat Maut memeluk Nabi Idris, dan ia bertanya: “Wahai saudaraku, bagaimanakah tuan merasakan kesakitan maut itu? “
“Bila seekor binatang dilapah kulitnya ketika ia masih hidup, maka sakitnya maut itu seribu kali lebih sakit daripadanya.
“Padahal-kelembutan yang saya lakukan
terhadap tuan, ketika saya mencabut nyawa tuan itu, belum pernah saya
lakukan terhadap sesiapa pun sebelum tuan.”
“Wahai Malaikat Maut, saya mempunyai
permintaan lagi kepada tuan, yaitu saya sungguh-sungguh berhasrat
melihat Neraka, supaya saya dapat beribadah kepada Allah SWT lebih
banyak lagi, setelah saya menyaksikan dahsyatnya api neraka itu.”
“Wahai Idris as. saya tidak dapat pergi ke Neraka jika tanpa izin dari Allah SWT.”
Akhirnya Allah SWT mewahyukan kepada
Malaikat Maut agar ia membawa Nabi Idris ke dalam Neraka. Maka pergilah
mereka berdua ke Neraka. Di Neraka itu, Nabi Idris as. dapat melihat
semua yang diciptakan Allah SWT untuk menyiksa musuh-musuh-Nya. Seperti
rantai-rantai yang panas, ular yang berbisa, kala, api yang membara,
timah yang mendidih, pokok-pokok yang penuh berduri, air panas yang
mendidih dan lain-lain.
Setelah merasa puas melihat keadaan
Neraka itu, maka mereka pun pulang. Kemudian Nabi Idris as. berkata
kepada Malaikat Maut: “Wahai Malaikat Maut, saya mempunyai hajat yang
lain, yaitu agar tuan dapat menolong saya membawa masuk ke dalam Syurga.
Sehingga saya dapat melihat apa-apa yang telah disediakan oleh Allah
bagi kekasih-kekasih-Nya. Setelah itu saya pun dapat meningkatkan lagi
ibadah saya kepada Allah SWT. Saya tidak dapat membawa tuan masuk ke
dalam Syurga, tanpa perintah dari Allah SWT.” Jawab Malaikat Maut.
Lalu Allah SWT pun memerintahkan kepada
Malaikat Maut supaya ia membawa Nabi Idris masuk ke dalam Syurga.
Kemudian pergilah mereka berdua, sehingga mereka sampai di pintu Syurga
dan mereka berhenti di pintu tersebut.
Dari situ Nabi Idris dapat melihat
pemandangan di dalam Syurga. Nabi Idris dapat melihat segala macam
kenikmatan yang disediakan oleh Allah SWT untuk para wali-waliNya.
Berupa buah-buahan, pokok-pokok yang indah dan sungai-sungai yang
mengalir dan lain-lain.
Kemudian Nabi Idris berkata: “Wahai
saudaraku Malaikat Maut, saya telah merasakan pahitnya maut dan saya
telah melihat dahsyatnya api Neraka. Maka mahukah tuan memohonkan kepada
Allah untukku, agar Allah mengizinkan aku memasuki Syurga untuk dapat
meminum airnya, untuk menghilangkan kesakitan mati dan dahsyatnya api
Neraka?”
Maka Malaikat Maut pun bermohon kepada
Allah. Kemudian Allah memberi izin kepadanya untuk memasuki Syurga dan
kemudian harus keluar lagi. Nabi Idris pun masuk ke dalam Syurga, beliau
meletakkan kasutnya di bawah salah satu pohon Syurga, lalu ia keluar
kembali dari Syurga. Setelah beliau berada di luar, Nabi Idris berkata
kepada Malaikat Maut:
“Wahai Malaikat Maut, aku telah meninggalkan kasutku di dalam Syurga. Malaikat Maut pun berkata: Masuklah ke dalam Syurga, dan ambil kasut tuan.”
“Wahai Malaikat Maut, aku telah meninggalkan kasutku di dalam Syurga. Malaikat Maut pun berkata: Masuklah ke dalam Syurga, dan ambil kasut tuan.”
Maka masuklah Nabi Idris, namun beliau
tidak keluar lagi, sehingga Malaikat Maut memanggilnya: “Ya Idris,
keluarlah!. Tidak, wahai Malaikat Maut, kerana Allah SWT telah berfirman
bermaksud: “Setiap yang berjiwa akan merasakan mati.” (Ali-Imran: 185)
Sedangkan saya telah merasakan kematian.
Dan Allah berfirman yang bermaksud: “Dan tidak ada seorang pun
daripadamu, melainkan mendatangi Neraka itu.” (Maryam: 71)
Dan saya pun telah mendatangi Neraka itu.
Dan firman Allah lagi yang bermaksud: “… Dan mereka sekali-kali tidak
akan dikeluarkan daripadanya (Syurga).” (Al-Hijr: 48)
Maka Allah menurunkan wahyu kepada
Malaikat Maut itu: “Biarkanlah dia, kerana Aku telah menetapkan di
azali, bahawa ia akan bertempat tinggal di Syurga.”
Allah menceritakan tentang kisah Nabi
Idris ini kepada Rasulullah SAW dengan firman-Nya bermaksud: “Dan
ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka, kisah) Idris yang tersebut di
dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan
dan seorang Nabi. Dan kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.”
(Maryam: 56-57)
************************************************************************
4. Kisah Nabi ‘Isa a.s.
Seorang lagi Nabi Allah yang diceritakan
dari kecil di dalam al-Qur’an ialah Isa. Baginda diutus kepada kaum Bani
Israil dengan kitab Injil yang diturunkan sebelum al-Qur’an.
Di dalam al-Qur’an, Nabi Isa disebut dengan empat panggilan iaitu Isa, Isa putera Mariam, putera Mariam, dan al-Masih.
Ibunya seorang yang sangat dimuliakan
Allah. Dia memilihnya di atas semua perempuan di semua alam. Firman-Nya,
“Dan ketika malaikat-malaikat berkata, ‘Wahai Mariam, Allah memilih
kamu, dan membersihkan kamu, dan Dia memilih kamu di atas semua
perempuan di semua alam’” (3:42).
Mariam, ibu Nabi Isa, telah menempuh satu
ujian yang amat berat daripada Allah. Dia dipilih untuk melahirkan
seorang Nabi dengan tanpa disentuh oleh seseorang lelaki. Dia adalah
seorang perempuan yang suci.
Kelahiran
Kelahiran Nabi Isa merupakan suatu
mukjizat kerana dilahirkan tanpa bapa. Kisahnya diceritakan di dalam
al-Qur’an. Di sini, ceritanya bermula dari kunjungan malaikat kepada
Mariam atas perintah Allah. Ketika itu, malaikat menyerupai manusia
dengan tanpa cacat. Kemunculan malaikat membuat Mariam menjadi takut
lalu berkata,
“Aku berlindung pada Yang Pemurah daripada kamu, jika kamu bertakwa (takut kepada Tuhan)!’
Dia (malaikat) berkata, ‘Aku hanyalah
seorang rasul yang datang daripada Pemelihara kamu, untuk memberi kamu
seorang anak lelaki yang suci.’” (19:18-19)
Pada ayat yang lain, diceritakan bahawa
malaikat yang datang itu telah memberi nama kepada putera yang bakal
dilahirkan. Nama itu diberi oleh Allah, dan dia (Isa) akan menjadi
terhormat di dunia dan akhirat sambil berkedudukan dekat dengan Tuhan.
Ayatnya berbunyi:
“Wahai Mariam, Allah menyampaikan kepada
kamu berita gembira dengan satu Kata daripada-Nya, yang namanya
al-Masih, Isa putera Mariam, terhormat di dunia dan di akhirat, daripada
orang-orang yang didekatkan.” (3:45)
Kemudian Mariam bertanya,
“Bagaimanakah aku akan ada seorang anak
lelaki sedang tiada seorang manusia pun menyentuhku, dan bukan juga aku
seorang jalang?” (19:20)
Malaikat menjawab,
“Dia (Allah) berkata, ‘Begitulah;
Pemelihara kamu telah berkata, ‘Itu mudah bagi-Ku; dan supaya Kami
membuat dia satu ayat (tanda) bagi manusia, dan satu pengasihan daripada
Kami; ia adalah perkara yang telah ditentukan’” (19:21).
Maka lahirlah Isa putera Mariam lebih
enam ratus tahun sebelum Nabi Muhammad dilahirkan. Allah membuat Nabi
Isa dan ibunya satu ayat (tanda) bagi manusia, iaitu tanda untuk
menunjukkan kebesaran-Nya (23:50).
Kerasulan dan Kenabian
Isa adalah seorang Nabi dan juga seorang
Rasul. Baginda dan beberapa orang rasul telah dilebihkan Allah daripada
rasul-rasul lain. Ada yang Dia berkata-kata kepadanya, ada yang Dia
menaikkan darjat, dan bagi Isa, Dia memberi bukti-bukti yang jelas serta
mengukuhkannya dengan Roh Suci. Firman-Nya:
“Dan rasul-rasul itu, sebahagian Kami
melebihkan di atas sebahagian yang lain. Sebahagian ada yang kepadanya
Allah berkata-kata, dan sebahagian Dia menaikkan darjat. Dan Kami
memberikan Isa putera Mariam bukti-bukti yang jelas, dan Kami
mengukuhkan dia dengan Roh Qudus (Suci).” (2:253)
Namun begitu, manusia dilarang oleh Allah untuk membeza-bezakan antara para rasul dan Nabi. Larangan itu berbunyi,
“Katakanlah, ‘Kami percaya kepada Allah,
dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada
Ibrahim, dan Ismail, dan Ishak, dan Yaakub, dan puak-puak, dan apa yang
diberi kepada Musa, dan Isa, dan apa yang diberi kepada Nabi-Nabi
daripada Pemelihara mereka. Kami tidak membeza-bezakan seorang pun
antara mereka, dan kepada-Nya kami muslim.’” (2:136)
Akibat membeza-bezakan Nabi atau Rasul
dapat dilihat pada hari ini, iaitu Nabi Isa dipercayai oleh sesetengah
pihak sebagai Tuhan atau anak Tuhan, dan Nabi Muhammad, dianggap macam
Tuhan, yang berhak membuat hukum agama.
Ajaran
Oleh kerana Isa seorang Nabi baginda
diberi sebuah Kitab, Injil, yang mengandungi petunjuk dan cahaya untuk
menjadi pegangan Bani Israil. Selain menyuruh Bani Israil menyembah
Allah dengan mentaati Injil, baginda mengesahkan kitab Taurat yang
diturunkan sebelumnya. Dua firman Allah menjelaskannya di sini,
berbunyi:
“Dan Kami mengutus, menyusuli jejak-jejak
mereka, Isa putera Mariam, dengan mengesahkan Taurat yang sebelumnya;
dan Kami memberinya Injil, di dalamnya petunjuk dan cahaya,” (5:46) dan,
“Aku (Isa) hanya mengatakan kepada mereka
apa yang Engkau memerintahkan aku dengannya: ‘Sembahlah Allah,
Pemelihara aku dan Pemelihara kamu.’” (5:117)
Turut disebut di dalam Injil (dan Taurat)
ialah berita mengenai kedatangan seorang Nabi berbangsa Arab, atau
ummiy (7:157), dan janji dikurniakan Taman atau Syurga bagi orang-orang
yang berperang di jalan Allah (9:111). Janji itu juga didapati di dalam
Taurat dan al-Qur’an.
Ketika baginda diutus, manusia sedang
berselisih dalam hal agama. Maka kedatangannya adalah juga untuk
memperjelaskan apa yang diperselisihkan. Firman Allah:
“dia (Isa) berkata, ‘Aku datang kepada
kamu dengan kebijaksanaan, dan supaya aku memperjelaskan kepada kamu
sebahagian apa yang dalamnya kamu memperselisihkan; maka kamu takutilah
Allah, dan taatlah kepadaku.’” (43:63)
Baginda juga memberitahu tentang
kedatangan seorang rasul selepas baginda, yang namanya akan dipuji. Ayat
yang mengisahkannya berbunyi:
“Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku
(Isa) rasul Allah kepada kamu, mengesahkan Taurat yang sebelum aku, dan
memberi berita gembira dengan seorang rasul yang akan datang selepas
aku, namanya ahmad (dipuji).” (61:6)
Pengikut Setia
Seperti Nabi atau Rasul yang lain,
baginda mempunyai pengikut-pengikut yang setia dan juga yang tidak setia
atau yang menentang. Pengikut-pengikutnya yang setia percaya kepada
Allah dan kepadanya. Mereka adalah muslim. Firman Allah:
“Dan ketika Aku mewahyukan
pengikut-pengikut yang setia, ‘Percayalah kepada-Ku, dan rasul-Ku’;
mereka berkata, ‘Kami percaya, dan saksilah Engkau akan kemusliman
kami.’” (5:111)
Pengikut-pengikut yang setia pula menjadi penolong-penolong, bukan baginya tetapi bagi Allah. Firman-Nya:
“Berkatalah pengikut-pengikutnya yang
setia, ‘Kami akan menjadi penolong-penolong Allah; kami percaya kepada
Allah, dan saksilah kamu akan kemusliman kami.’” (3:52)
Begitu juga bagi pengikut-pengikut setia
Nabi-Nabi lain, termasuk Muhammad. Semuanya menjadi penolong-penolong
Allah, untuk melaksana dan menyampaikan mesej-Nya. Firman Allah:
“Wahai orang-orang yang percaya, jadilah
kamu penolong-penolong Allah, sebagaimana Isa putera Mariam berkata
kepada pengikut-pengikut yang setia, ‘Siapakah yang akan menjadi
penolong-penolong aku bagi Allah?’ Pengikut-pengikut yang setia berkata,
‘Kami akan menjadi penolong-penolong Allah.’” (61:14)
Walau bagaimana pun, pengikut-pengikut
Nabi Isa yang setia memerlukan bukti selanjut untuk megesahkan
kebenarannya dan supaya hati mereka menjadi tenteram. Untuk itu mereka
memohon sebuah meja hidangan dari langit. Kisahnya berbunyi begini:
“Dan apabila pengikut-pengikut yang setia
berkata, ‘Wahai Isa putera Mariam, bolehkah Pemelihara kamu menurunkan
kepada kami sebuah meja hidangan dari langit?’
Dia (Isa) berkata, ‘Kamu takutilah Allah, jika kamu orang-orang mukmin.’
Mereka berkata, ‘Kami menghendaki untuk
memakan daripadanya, dan hati kami menjadi tenteram, supaya kami
mengetahui bahawa kamu berkata benar kepada kami, dan supaya kami adalah
antara para saksinya.’” (5:112-113)
Justeru itu, baginda memohon kepada Allah,
“Ya Allah, Pemelihara kami, turunkanlah
kepada kami sebuah meja hidangan dari langit, yang akan menjadi bagi
kami satu perayaan, yang pertama dan yang akhir bagi kami, dan satu ayat
(tanda) daripada Engkau. Dan berilah rezeki untuk kami; Engkau yang
terbaik daripada pemberi-pemberi rezeki.” (5:114)
Allah mengabulkan permintaannya. Lantas,
meja hidangan yang turun menjadi satu lagi mukjizat bagi Nabi Isa. Dan
ia juga menjadi nama sebuah surah di dalam al-Qur’an, iaitu surah
kelima, al-Maidah.
Mukjizat
Selain daripada kelahiran yang luar biasa
dan meja hidangan, Nabi Isa telah dikurniakan dengan beberapa mukjizat
lain. Ayat berikut menjelaskannya:
“Ketika Allah berkata, ‘Wahai Isa putera
Mariam, ingatlah akan rahmat-Ku ke atas kamu, dan ke atas ibu kamu,
apabila Aku mengukuhkan kamu dengan Roh Qudus (Suci), untuk berkata-kata
kepada manusia di dalam buaian dan setelah dewasa ….. dan apabila kamu
mencipta daripada tanah liat, dengan izin-Ku, yang seperti bentuk
burung, dan kamu menghembuskan ke dalamnya, lalu jadilah ia seekor
burung, dengan izin-Ku, dan kamu menyembuhkan orang buta, dan orang
sakit kusta, dengan izin-Ku, dan kamu mengeluarkan orang yang mati,
dengan izin-Ku’ ….. lalu orang-orang yang tidak percaya antara mereka
berkata, ‘Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata.’” (5:110)
Walaupun Nabi Muhammad hanya diberi satu
mukjizat, manusia ditegah daripada berkata bahawa Nabi Isa adalah lebih
mulia daripada Nabi Muhammad. Kerana, seperti yang sudah maklum, amalan
membeza-beza para Nabi dan Rasul dilarang Allah.
Diangkat Ke langit
“Apabila Allah berkata, ‘Wahai Isa, Aku
akan mematikan kamu, dan menaikkan kamu kepada-Ku, dan Aku membersihkan
kamu daripada orang-orang yang tidak percaya …..’” (3:55)
“Dan aku (Isa) seorang saksi ke atas
mereka selama aku di kalangan mereka; tetapi setelah Engkau mematikan
aku, Engkau Sendiri adalah penjaga ke atas mereka; Engkau saksi atas
segala sesuatu.” (5:117)
Akan tetapi, sebahagian daripada kaum
Bani Israil mengatakan bahawa mereka telah membunuhnya disalib. Allah
mengatakan yang sebaliknya pula. Apa yang berlaku hanya satu kesamaan
sahaja. Firman-Nya:
“ucapan mereka, ‘Kami telah membunuh
al-Masih, Isa putera Mariam, rasul Allah.’ Tetapi mereka tidak
membunuhnya, dan tidak juga menyalibnya, tetapi hanya satu kesamaan yang
ditunjukkan kepada mereka. Orang-orang yang berselisih mengenainya
benar-benar dalam keraguan terhadapnya; mereka tidak ada pengetahuan
mengenainya, kecuali mengikuti sangkaan; mereka tidak membunuhnya,
yakinlah.” (4:157)
Di akhir zaman Nabi ‘Isa akan turun
kembali ke bumi, bukan sebagai nabi tapi sebagai umat Nabi Muhammad SAW.
(mengikut syariat nabi muhammad). akan berdakwah mengajak orang2
kristen untuk islam, membunuh dajjal.
Sumber : http://salafytobat.wordpress.com
Gudang Ilmu ahlusunnah
Tidak ada komentar:
Posting Komentar